Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatullah Seyed Ali Khamenei telah menyampaikan ucapan takziahnya kepada warga negara itu di atas kematian Pengerusi Majlis Penilai Maslahat Republik Islam Iran, Ayatullah Seyed Mahmoud Hashemi-Shahroudi.
Di dalam mesejnya yang dikeluarkan pada hari Selasa, Ayatullah Khamenei menyatakan kesedihan beliau berikutan kehilangan seorang figur ulama dan tokoh ilmu yang turut berkhidmat sebagai salah seorang anggota aktif di dalam Majlis Wali Iran (Syura-ye-Negahban).
Pemimpin Tertinggi Iran turut meluahkan rasa simpati beliau kepada keluarga Ayatullah Seyed Mahmoud Hashemi-Shahroudi, rakan sekerja dan para pelajar ilmu agama di kota Qom. Beliau turut berdoa buat roh allahyarham supaya berada di dalam kedamaian.
25 Disember 2018 - 18:38
News ID: 922168
Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatullah Seyed Ali Khamenei telah menyampaikan ucapan takziahnya kepada warga negara itu di atas kematian Pengerusi Majlis Penilai Maslahat Republik Islam Iran, Ayatullah Seyed Mahmoud Hashemi-Shahroudi.